There was an error in this gadget

Monday, 31 December 2012

~SELAMAT TAHUN BARU~

semoga tahun 2013 akan membawa kejayaan yang lebih gilang gemilang...
keputusan spm semakin mendebarkan..
university semakin memanggil..
aku??
dah bersedia kew??


my dream...!!
yes..Kaherah Mesir..hope dream become true..





Fantastic right??
pusat keilmuan...

saya harap sangat impian saya melanjutkan pelajaran di timur tengah akan tercapai...wait for Mesir..

~kesan onani~

~Tiba-tiba terlintas untuk menulis entry yang bertajuk ni...disebabkan kita di akhir zaman...terlampau banyak godaan nafsu...mesti ramai yang beronani untuk mengelakkan zina atau mendapat keseronakan??
apakah hukum perbuatan tersebut menurut islam..??



Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).


Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram

Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.

Golongan yang mengharamkan onani secara mutlak
Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda : “ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

Menjawab kepada hadith ini
“Mampu bernikah” secara lafaz umum, namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Maka inilah yang disebut dalam firman Allah : “Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).

~Harapan yang sudah diduga~

mencintai tak semestinya memiliki...:)
Alllah dah tentukan jodoh kita untuk siapa

JANGAN MUDAH BERHARAP

BOLEH MENGHARAP
TAPI...
JANGAN TERLALU MENGHARAP

well..xtahu nak tulis entry ap..
apa ertinya,,menunggu dan menanti..kalau ada jodoh insyaAllah...ada ke macan tu??
entah lah..takut nak percaya pada cinta manusia...

actually,da tersuka kat seorang ni...he ask for being his gf but i'm still with my "prinsip"..COUPLE HARAM..

Kenapa nak menghalalkan yang haram kan..no matter how,it still haram.....
Dia janji akan tunggu dan buat masa ni akan jadi Teman Tapi  Mesra..
it's okay for me...:)

i think masa yang akan menentukan segalanya,,
konon boleh tunggu tanpa sebarang ikatan sama ada sah atau tidak..
we wait and see..
hahaha..
tak sampai setahun,,,masing-masing sibuk...
i'm busy with my spm and he busy with  his study in his college..long time no text and call..
everything is okay without him...:)

one week before spm examination finish ago:
I took time to sign in my FB..
wah!!terkejut sangat...
gambar yang tak diduga di wall dia..

he with his girlfriend...
"never lost you"...the album title...

see...what i said...
huh!!terima kasih Allah kerana menjauhkan orang sebegini dalam hidup ku...

No more Teman Tapi Mesra..
may Allah bless you all..:)

thanks being a part of my life...

Saturday, 29 December 2012

Exam 1 citizen..

macam biasa bila bunyi exam je cuak semacam..
ingatkan lepas spm no more exam dlm waktu terdekat..
rupa-rupanya join kursus komputer 1 citizen kne exam ag..
seriously,very fun &enjoy cara pembelajaran..
DENGAR
FAHAM
JAWAB

sebelum jawab,kne siapkan porfolio dulu untuk dapatkan sijil penyertaan...tapi kalu menang ok jgk dapat duit..
by the way..simple sngt yg aku buat..


lepas da siap submit portfolio..sepatutnye ambik exam petang pul 2.30
tapi disebabkan kawan aku minta nak ambik exam awa,aku pown join je,,
mula niat di hati biar lah fail....soalan pown susah  tapi bila fikir semula dah spend time hampir 2 hari kt kursus ni..
bagos la kalu pass exam tu..
aku pown sebaik mungkin jawab penuh kesungguhan....hahaha..kadang2 bincang je,,,

markah untuk lulus 640/1000
alhamdulillah aku pass dengan jayanya  756/1000


tak dilupakan pada trainer
1.En.Shahrom
2.En.Irwan


thanks a lot....:)





Friday, 28 December 2012

1 citizen



pernah dengar tak apa tu 1 CITIZEN...

fuhh!!
first time tahu ada jugak program ni yang dibuat oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang etika & adab ketika mengakses internet..
agak menyeronokkan dan semestinya menambah ilmu pengetahuaan..
oh,bukan sahaja internet ni untuk bersosial tp yg utama ialah mendapatkan maklumat secepat mungkin..

BUKU..
susah sikit nak dapatkan maklumat dengan cepat kan??
belek sehelai demi sehelai...
so..dunia dah maju..
dunia tanpa sempadan
semua dihujung jari anda..
wah!!FANTASTIC..

tapi semakin maju,semakin banyak risiko yang perlu dihadapadi...
kita sebagai pengguna internet yang bijak perlu ada skill dan kemahiran untuk melindungi privacy & maklumat peribadi kita..
jangan mudah mendedahkan maklumat anda sesuka hati..

INGAT SEBELUM KENA...

INTERNET UMPAMA PISAU SERBAGUNA..

EVERYTHING WE WANT WE CAN GET..
SO.,IT UP TO US TO CHOOSE THE RIGHT THING...:)

Terima kasih kerajaan kerana menyediakan program ni dan tak lupa pada TRAINER saya yang memberi tunjuk ajar selama 2 hari dan menghabiskan 8 modul dan menjalani exam dengan jaya nya....:D

Tuesday, 25 December 2012

~MUSLIMAH~



Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu"aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
~PERBAIKILAH DIRI UNTUK LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH DAN SENTIASA MERAIH RAHMATNYA~



~first love~

:)

tiba lah masa yang di tunggu...huhu
waktu minggu exam spm punye tahan diri jgn tengok movie untuk study..
sekarang da penghujung bulan 12,bosan tak tahu nak wat apa...tak sengaja terbuka lah cerita yang mungkin akan ditonton lain hari,,,
huhu..
tapi rasa tak rugi...
best..:).
love bring to good way and made it as inspiration...



sweet..
p'nam & p'shone



nam sanggup berubah 360 darjah demi shone...:)

cantik,pandai dan cuba melibatkan diri dalam semua aktiviti di sekolah supaya shone mengenalnya...:)



finally....

nak tahu lagi??
http://www.youtube.com/watch?v=8u6AIXcEkBI&feature=share..


I LOVE THIS MOVIE

Monday, 24 December 2012

Tiada Kemuliaan tanpa islam


Umar bin Khaththab semoga Allah meridloinya mengatakan: "Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan."
Kapan Umar mengatakan ungkapan ini ? Kapan Umar menyusun perkataan ini ?
Umar mengatakan ini pada moment yang agung dan pada satu periode yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan karena kita mengabaikan Islam.
Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis. Kemudian orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang namanya telah menguncang dunia, yang jika nama Umar disebut di majlis Kisra dan Kaisar, maka kedua raja ini hampir pingsan mendengarnya, karena takut.
Umar yang tidur di pelepah kurma, tetapi hati para taghut yang berada di atas singgasana ketakutan.
Umar yang hanya makan gandum, tetapi para bangsawan yang memiliki emas dan perak gemetar jika melihatnya.
Umar yang jika berjalan di suatu jalan, maka syetan akan memilih jalan lain.
Umar yang sudah dikenal dikalangan muslimin Melayu, India, Iraq, Sudan, Andalus, dan akan dikenal dunia.
Ketika orang-orang Nashara mendengar Umar akan datang untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis, mereka keluar dengan jumlah yang sangat besar. Para wanita keluar di atap-atap rumah, anak-anak keluar di berbagai jalan dan gang.
Sedangkan pasukan kaum muslimin yang dipimpin oleh tiga panglima, mereka kaluar dalam konvoi pasukan yang belum pernah didengar dunia.
Bagaimana pengawal yang mengiringi Umar yang akan mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis ?
Tidak ada iring-iringan yang mengawal ! Orang-orang mengira beliau akan datang dengan para pembesar shahabat, para pembesar Anshar dan Muhajirin dari para ulama dan orang-orang shalehnya, tetapi beliau datang hanya dengan mengendarai satu unta dan ditemani seorang pembantunya. Kadang Umar yang menuntun unta dan pembantunya naik dan kadang Umar yang naik unta dan pembantunya yang menuntun !
Ketika mendekati Baitul Maqdis, para pejabat muslimin bertanya-tanya: "Siapa itu ? Mungkin salah saeorang tentara yang memberi tahu kedatangan Amirul Mukminin.
Ketika pasukan itu mendekat, ternyata orang tersebut adalah Umar bin Khaththab ! Ketika beliau sampai di Baitul Maqdis, tiba giliran beliau menuntun unta dan pembantunya yang berada di atas unta.
Amr bin Ash mengatakan: "Wahai Amirul Mukminin, orang-orang mennati kehadiran anda, penghuni dunia keluar untuk menyambut kehadiran anda dan orang-orang mendengar tentang anda tetapi anda datang dengan penampilan seperti ini ?"
Kemudian Umar mengatakan perkataannya yang sangat terkenal, yang tetap diingat sepanjang masa: "Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun juga jika kita mencari kejayaan dengan yang lain, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita."
Kita membangun peradaban kita dari nol dengan satu modal; Laa ilaaha illallaah.
Pasukan Umar bin Khaththab keluar dengan 30.000 orang yang bertauhid. Setiap orang yang bertauhid sama dengan 3 juta tentara dunia sekarang. Mereka keluar untuk berperang melawan Persia, berperang untuk melawan Kisra yang kafir dan sesat. Ketika mereka tiba di Qadisiyah, Kisra ingin melakukan perundingan dengan Umar karena takut mati. Maka ia mengutus Hurmuzan -salah seorang mentrinya- untuk mendatangi Madinah Nabawiyah kota Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam untuk duduk bersama Umar Al Faruq di meja perundingan.
Utusan tersebut keluar dengan rombongan yang besar untuk menemui Umar, dengan hati yang hampir robek karena takut…Mengapa? Karena dia ragu-ragu. Bagaimana ia akan bicara dengan Umar bin Khaththab ? Apakah ia akan berbicara secara langsung atau melalui perantara ?Apakah ia akan duduk bersama di atas tanah ? Apakah ia dapat melihat Umar secara langsung tanpa alat dan pengeras suara ?
Maka ia memakai perhiasan, sutra, emas dan perak. Ia menembus jalan dari Iraq menuju Madinah.
Ketika ia masuk Madinah, ia bertanya: "Dimana istana Khalifah Umar ?"
Para shahabat mengatakan: "Umar tidak punya istana."
Ia bertanya: "Bagaimana ia memimpin kalian ?"
Mereka berkata: "Beliau memimpin kami di atas tanah."
Ia bertanya: "Di mana rumahnya ? Apakah rumahnya memiliki keistimewaan ?"
Mereka menjawab: " Rumahnya seperti rumah kita."
Ia berkata: "Tolong tunjukkan pada saya rumahnya."
Mereka berangkat dan berjalan di gang-gang kota Madinah yang sempit, sampai mereka sampai di sebuah rumah yang kecil miskin yang hanya dibangun dari tanah biasa.
Ia bertanya: "Apakah ini rumahnya ?"
Mereka mengatakan: "Ya"
Ia bertambah takut dan gemetar, ia bertanya: "Apakah ini rumahnya ?"
Mereka mengatakan: "Kita akan tanya keluarganya"
Kemudian mereka mengetuk pintu rumah. Putranya keluar, mereka bertanya: "Apakah Amirul Mukminin ada di rumah ?"
Beliau menjawab: "Beliau sedang tidak di rumah, silahkan anda cari di masjid "
Kantor, istana dan tempat duduknya di masjid.
Utusan ini segera berangkat ke masjid. Anak-anak berjalan dibelakang utusan Beberapa wanita melihat dari atap rumah dan dari balik pintu, untuk melihat orang yang datang dengan sutra dan emas yang bersinar karena pantulan sinar matahari.
Utusan tersebut mencari Umar. Mereka pergi dan memasuki masjid, mengamati orang-orang yang tidur -karena beliau tidur di masjid- maka mereka tidak menemukan. Mereka mengatakan: "Kita cari di tempat lain. Maka mereka mencari lagi.
Mereka mendatangi sebuah pohon di luar kota Madinah, ternyata beliau berada di situ. Beliau tertidur di di bawah pohon.
Utusan Persia ini tercengang dan semakin takut.
Mereka membangunkan Umar. Ketika beliau bangun, beliau bertanya: "Siapa ini ?"
Mereka mengatakan: "Ini adalah Hurmuzan dan rombongannya, datang untuk berunding dengan anda, wahai Amirul Mukminin."
Orang Persia tersebut berkata: "Anda telah berhukum dengan adil sehingga anda merasa aman dan bisa tidur."
Jadi kita adalah umat yang telah Allah berikan kejayaan dengan Islam, maka jika kita mencari kejayaan dengan selain Islam, Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.
Pada saat kita mencari kejayaan dengan pakaian dan penampilan, bukan dengan agama, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.
Pada saat kita merasa bangga dengan rumah dan istana, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.
Pada saat kita merasa bangga dengan berbagai kendaraan, kakayaan dam makanan dan merasa bangga dengan Islam maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita. Karena kita adalah umat yang telah Allah berikan kejayaan dengan Islam, maka kalau kita mencari kemuliaan dengan selain Islam Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.
Mengapa kita tidak merasa bangga, wahai para pemuda dan orang tua, mengapa kita tidak merasa bangga dengan Islam ?
Ya… ada ditengah-tengah kita, orang yang tidak ingin masuk lebih dalam pada agama. Dia ingin Islam yang biasa-biasa saja, shalat dan puasa saja.
Sedankan dakwah dan istiqamah adalah sesuatu yang dia tidak inginkan.
Mengapa ?
Karena zionisme internasional telah menamakan para da'i dengan istilah fundamentalis dan berbagai istilah menakutkan lainnya…maka orang-orang yang kurang wawasan, sedikit pengetahuan dan lemah mental (imannya) merasa berat jika dikatakan seperti itu.
Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa membagi manusia menjadi dua bagian, Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berfirman, yang artinya :
"Maka apakah patut kami menjadikan orang-orang islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir) ? Mengapa kamu (berbuat demikian) bagaimanakah kamu mengambil keputusan" (QS Al Qalam: 35-36)
Pilihannya hanya satu dari dua, muslim atau mujrim (orang yang berbuat dosa)… orang yang baik atau jelek… sesat atau dapat petunjuk… shaleh atau merusak… taat atau ma'siyat. Tidak ada pilihan ketiga.
"Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi ? Patutkah (pula) Kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang yang berbuat maksiat ?" (QS Shaad ayat 28)
Saran kita bagi setiap orang biasa yang ingin hidup biasa dalam Islam agar bergabung dengan para wali Allah, orang-orang pilihan, orang-orang yang istiqamah, karena agamawan dalam Islam tidak sama dengan agamawan dalam Nashrani.. tidak..pilihan kita hanya satu, menjadi orang yang istiqamah sukses bahagian atau sesat bodoh dan gagal dalam hidup.
Dalam agama kita hanya ada satu pilihan, menjadi orang yang baik , bertaqwa, wara' dan menghadapkan diri kepada Allah atau menjadi orang yang celaka, lalai, sesat yang akan dikembalikan ke neraka yang menyala-nyala.
Allah Subhaanahu Wa Ta'aalaa berfirman:
"Demikianlah Kami (Allah) jadikan kalian umat wasath (pertengahan). Betapa indah ungkapan wasath (pertengahan). Apa yang dimaksud dengan wasath ? Banyak dari para ahli tafsir yang mengatakan bahwa maksudnya adalah umat pilihan. Sebagian yang lain mengatakan maksudnya: pertengahan dalam segala sesuatu." (QS Al Baqarah 143)
Kedua makna ini benar. Alhamdulillah kita ini umat Islam memiliki aqidah pertengahan. Kita tidak hidup tanpa aqidah seperti orang-orang yang tidak punya pegangan. Kita tidak hidup dengan hati kosong, jiwa kosong, tetapi kita punya aqidah. Namun kita juga bukan yang berlebihan dalam beribadah sampai-sampai menyembah segala sesuatu, menyembah batu, pohon, bintang, bulan, sapi, harta, pakaian…tidak… tetapi kita beribadah kepada Dzat yang memang berhak dijadikan tujuan ibadah.
"Maka ketahuilah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang haq) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu"

~kampung ku~


Kampung...
tempat yang sangat dirindui ketika kecil..tapi kini semakin suram..
kenapa ye??

mungkin masa kecil pelbagai aktiviti dapat dilakukan tanpa halangan dan yang paling penting tanpa perasaan malu kepada sesiapa pun...:)

bila dah besar ni...terdetik nak kembali ke zaman kanak-kanak tapi sampai bila pown tak maju kalau stay di zaman tu...
anyway....kampung tempat yang paling sesuai untuk release tension dan menenangkan hati yang gundah gulana..huhu

~udara yang masih segar dan terpelihara~







Friday, 14 December 2012

~TIP UNTUK KURUS~


1. Senaman - Paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…

2 Makan Makanan Sihat - Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.

3 Kurangkan Makan - Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu petua  adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini. Contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Buah-buahan ini boleh juga di ambil di antara waktu makan. Cara begitu perut anda tidak kosong dan lapar lagi.

4 Eskpresi Diri Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria. Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi  - Satu lagi perkara yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


~westlife~

songs presented by this group have a profound effect in the heart ..
something that is hard to find from other music groups
have distinctive varieties bearing the name "Westlife" the whole world
i really love their song very much:)

persembahan tradisional

video
video
video
3 jam persembahan tradisional yang berasaskan angklung ni...:)


.best....pengalaman yang tidak akan dilupakan.

show ni di Indonesia,Bandung...
penari-penari yang amat berbakat dan menarik perhatian
FANTASTIC
show ni juga khas untuk pelancong-pelancong dari luar negara..
sesiapa yang bercuti ke bandung akan berasa rugi jika tidak mengunjugi tempat ini...:)


~semoga akan terus maju~

air!!


Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.


Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, "Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Akhirnya kita bernikah. Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang" 
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."
Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.
"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."
Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.
"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia" 
(Surah Fussilat ayat 34)
Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan. 
Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu. 
Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.
Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.
Namun di sana, ada suami dan isteri yang benar –benar teruji dengan keburukan pasangan. Tatkala dirinya berusaha memberi yang terbaik, pasangan sebaliknya memandang remeh amanah pernikahan.

Tingkah pasangan yang menyesakkan perasaan, bulan dan tahun berganti tiada perubahan, jauh dari keharmonian yang diimpikan. Wahai tuhan, apakah Engkau sedang memberi hukuman?
Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA. Namun, Allah dengan kasih sayang yang agung mengizinkan ujian getir menimpa rumahtangga kalian, kerana Dia begitu mencintaimu.
Dalam lafaz-lafaz doa kita yang dulu, bukankah kita memohon pernikahan untuk menambah iman?
Nah, Allah memberi ujian kesenangan dan kesulitan dalam pernikahan, agar pernikahan benar-benar menjadi wasilah untuk kita makin dekat, semakin dekat ke pangkuanNya. Makin mendalamkan iman dan cinta kita kepadaNya.
Tika kesabaran teruji dengan kerenah pasangan, berimankah kita dengan janji Allah akan ada kesenangan selepas kesusahan?
Tika kekusutan rumahtangga membelenggu jiwa, berimankah kita dengan ayatNya bahawa jalan keluar senantiasa ada buat hambaNya yang bertaqwa?
Tika kita memaafkan dan bersabar dengan segala keburukan pasangan, berimankah kita bahawa kemanisan iman itu terhasil bila kita tulus mencintai kerana Allah?
Ya, perkahwinan bukan mudah, terlalu banyak ranjau ujian, namun dengan iman pastinya tidak akan mudah hilang pedoman. Dengan iman, merasa Dia memberi bimbingan dan pertolongan. Melaluinya dengan kesabaran, kesyukuran... akhlak Rasulullah berusaha diterjemahkan, tuntutan Al-Quran berusaha direalitikan dalam kehidupan (rumahtangga).
Rasulullaah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu'min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu'min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur, dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya." 
(Hadis Riwayat Muslim)
Bahagialah kalian yang memilih iman sebelum, semasa dan sehingga pernikahan itu berlangsung di dunia, moga nikmatnya berterusan hingga ke syurga. InsyaAllah...
Teruskan bermujahadah, untuk merasa nikmat pernikahan yang amat manis lagi indah, jua menikmati musim-musim ujian cabaran agar pernikahan terus menjadi wasilah taqarrub ilAllah (dekat kepada Allah).