There was an error in this gadget

Wednesday, 29 May 2013

Munafik

Assalamualaikum
apa khabar semua pembaca-pembaca yang mulia dan baik..semoga anda semua dirahmati oleh Allah dalam semua perkara yang dilakukan..
terima kasih kerana sudi menjenguk di blog cik ani..
hah!tengok tajuk tu MUNAFIK.

hari ni cik ani nak berkongsi apa munafik ni..kita selalu dengar kan,,ustaz-ustaz selalu pesan,jangan jadi orang munafik..orang munafik amat dibenci oleh Allah S.W.T

MAKNA 

bahasa>orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar
syarak>seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan didalam hati

Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran islam dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi didalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini..

TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK:

1. Iman tidak tetap dan menjadi tidak teguh
orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang diman ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.
orang yang tidak teguh iman nya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak-tanduk yang sentiasa berubah
orang munafik dapatlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.ketika dia bersama orang yang sedang beribadat,ia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.
sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat dikhalayak,dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan ibadat.

3. Tidak tetap kata
Dia sentiasa mengubah pendiriannya.sewaktu bersama dengan orang mukmin lainnya,akan memuji-muji islam dan meyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi dibelakang orang mukmin,secara senyap,dia akan menghina islam.

4. Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas 
jika dia melakukan kebaikan dan berbuat jasa,dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5. jiwanya tidak tenteram
dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikaop berpura-pura dihadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan hasrat hati

6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan .Akhirat bagi orang munafik adalah satu mitos dan khayalan.

"bayangkanlah betapa hinanya jika golongan dalam golongan munafik ini kerana segala-galanya penuh dengan kepura-puraan .Lagi pula,balasan diakhirat amat berat"

Allah S.W.T berfirman:

maksudnya:Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali        dalam neraka.

Alhamdulillah..done this entry..terima kasih kerana sudi membaca..moga kita mendapat manfaatnya..
renung-renungkan dan selamat beramal..
cik ani harap,kita semua tak tergolong dalam golongan ini...
moga coretan cik ani ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua dan seterusnya mari lah kita muhasabah diri..



maaf,diri ini tidak sempurna.. :))
andai terkasar bahasa..mohon dimaafkan  :D





No comments: