There was an error in this gadget

Friday, 26 July 2013

cara tersendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)

entri kali ni cik ani nak share excited dan terharu serta perasaan yang tak dapat dirungkaikan..
semalam cik ani on the way balik rumah.. :)
kalau on the way balik rumah,confirm tak akan tidur dalam bas sebabnya rasa ketidaksabaraan tu membuak-buak..
lepas beli tiket..cik ani rushing naik bas dan duduk dengan tenang. . .
tetiba tanya mana tempat duduk. . bukan tanya cik ani tapi tanya orang depan.aik,tak boleh cari sendiri..
orang yang dia tanya tu cakap seat 28..oh,!sebelah cik ani lah..cik ani pun usya lah. . .
lelaki lah duduk sebelah cik ani..
dia duduk macam tak selesa. . tak bersandar pun kat kerusi.dan dia selalu dengan handset dia. .
message je.tapi yang unik nye..untuk dia reply,dia akan dengar dulu arahan handphone tu. then,dia reply pun cepat je. . huhu
cik ani terharu dengan dia..dia nak call orang pun..dengar dulu no tu . .
handset biasa je,.tapi boleh setting macam tu..cik ani tak pernah tahu ada jugak handset yang akan bacakan message untuk kita :)
dia adalah seorang yang buta. .
#cik ani terharu dengan cara dia berkomunikasi,semua orang ada cara sendiri :D
bersyukur sangat sebab Allah memberi kurniaan mata ini.. . .
moga Allah berkati jalan hidupnya. . . .
   

Thursday, 25 July 2013

Kuasa

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera..
entry cik ani untuk short word kali ni pulak ialah kuasa. . .
semua orang tahu..apa itu kuasa..
kuasa sangat meluas.. entry kali ni cik ani nak mencoretkan idea tentang kuasa yang ada pada kita yang boleh mengerakkan orang untuk sesuatu atau memenuhi kehendak kita..
faham kan maksud cik ani..??
kalau kita berkuasa..apa yang kita arahkan semuanya akan berlaku..
tapi ingat semuanya dengan izin Allah..
bila kita dah berkuada..tu depends pada kita pulak untuk mengarahkan sesuatu kearah kebaikan atau sebaliknya..huhu..
bagi pendapat cik ani lah...apabila kita meneliti sejarah..apabila islam berkuasa dalam sesuatu kawasan..insyaAllah..semua masyarakat atau komuniti akan aman walaupun komuniti tersebut terdiri daripada orang bukan islam jugak..tapi lihatlah pulak,bila orang bukan islam berkuasa,mesti orang islam akan ditindas!!!
kenapa kah ini berlaku??
jawapannya amat mudah : apabila islam memerintah ia akan menggunakan panduan yang telah ditetapkan dalam islam itu sendiri sebagai contoh zaman Rasullullah yang mempunyai piagam Madinah yang perlembangaan nya amat telus dan terbaik kerana ianya berlandaskan Alquran dan sentiasa meletakkan Allah yang utama  :D

Red Tied

Assalamualaikum ..
apa khabar semua pembaca :)
terima kasih sangat yang masih sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni..
kat sini je lah cik ani boleh kongsi apa-apa..
alhamdulillah kalau masih ada yang sudi membaca buah fikiran dan coretan ini..
tajuk kali ni ialah RED TIED
ha!! apa pulak kan..
sebenarnya cik ani pun baru tahu red tied ni lepas cik ada berkawan dengan orang sabah..huhu
dia kata..kat sabah,ada satu fenomena yang ada ketika tak boleh makan  ikan dan dalam istilah lain tak boleh makan makanan laut..maknanya ikan kat sabah mahal bebanding ikan kat semenanjung sebabnya limited kan...
fenomena ni terjadi apabila,,hidupan dalam laut ni ada yang akan mengeluarkan asid ataupun toksid yang menyebabkan ikan turut terkena asid tersebut...
nak tahu pengalaman orang sabah..jenguk blog ni..hehehe

http://shumie-dz.blogspot.com/2013/02/red-tide-laut-merah.html

Thursday, 18 July 2013

suka adalah sesuatu yang subjektif

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :))
terima kasih kepada pembaca yang masih menjenguk dan meluangkan sedikit masa untuk mentelaah idea cik ani yang semakin lama,makin hambar

entry hari ni cik ani nak tulis tentang "suka adalah sesuatu yang subjekti"
aduh!!apa pulak tajuk ni..actually tajuk ni cik ani terlintas nak tulis disebabkan seorang classmate cik ani yang meluahkan perkataan ini.
dia suka seorang daripada kelas cik ani walaupun dia dah ada crush..
hahaha...cik ani tanya,kenapa?
he said, aini!suka adalah sesuatu yang subjektif...
kita boleh nak suka sape je,apa-apa je . . . faham tak??
so,cik ani terkedu dan terfikir sejenak..
semua manusia sukakan sesuatu yang indah kan,,and he said again.. tak salah kalau kita nak suka ramai orang dalam satu masa tapi salah kalau kita sayang atau cinta ramai orang dalam satu masa kan..
nampak disitu,dia masih tak setia..hahaha
cik ani saje je tulis tajuk ni..
moga mendapat comment yang positif dan masing-masing ada pandangan tersendiri..
maaf andai coretan ini tidak ada ilmiah... :)

cik ani tidak sempurna :)
salam Ramadhan
suka adalah subjektif yang tak dapat dijelaskan


Thursday, 11 July 2013

Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum da salam sejahtera,,
kekoknya lama tak mengupdate blog ni...
busy sikit cik ani sejak jadi mahasiswa,,ceh..haha..padahal baru sem satu..

Ramadhan bulan yang dinanti bukan bulan yang diresahi..maklum lah kan,,sebulan tak makan siang..
ada hikmah semua tu..
sebelum ni kita asyik makan je..mulut tak berehat ..perut asyik proses je..
jadi,bulan puasa lah kita memberikan perut kita rehat..tapi jangan lah pulak masa berbuka tu makan sampai tak ingat dunia sehingga mengakibatkan ibadah terganggu..hehehe

sempena bulan ramadhan,mari lah kita menjadikan bulan ramadhan ni satu platform kita untuk mentransformasikan diri kita kearah yang lebih baik..
baik banyak makna...!!
baik tu maksudnya mendekatkan diri kepada Allah..
ingat..hidup kita tanpa agama ibarat hidup dalam hutan yang tiada jalan keluar..

cik ani sebenarnay,saja nak latih skill penulisan..hehe..ayat berbunga-bunga..kalau tak suka..mohon dimaafkan..aku hanya insan yang lemah yang tak lepas daripada kesilapan...


  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN