There was an error in this gadget

Monday, 19 August 2013


Assalamualaikum. . 
hari ni cik ani nak update entry mengenai simbol yang kini digunakan di laman sosial.
corse cik ani ramai yang tanya,apa maksud tu,diorang sebelum tukar,nak make sure tu bukan sekadar ikutan tetapi faham apa maksud disebalik senua ni.


cik ani google,berfacebook and cik ani jumpa penjelasan dan penerangan nya. . . 



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬? Apakebenda R4BIA tu?


1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.


4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



 Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan




Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
sumber: Mesir kini

#moga entry cik ani kali ini memberi kesedaran lagi kepada semua umat islam..mari lah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka semua..berjuanglah demi keadilan .:D

sekadar perkongsian daripada cik ani :)

1 comment:

Eda Johari said...

Owh, baru eda tau. Tadi terjumpak jugak simbol ni kat fb tapi tak perasan perkataan RABIA tu.. so buat derk je laa. hehe. thanks for the sharing...