There was an error in this gadget

Monday, 16 September 2013

SEDIH

   Assalamualaikum . .

saya sedih, , saya sedih, , saya sedih , saya sedih ,
kenapa selalu sedih ni? ? macam-macam yang disedihkan . .benda remeh pun cik ani sedih . .
tak tahu lah kenapa ? apakah ini ujian Allah yang akan menguatkan cik ani. . ? ?
cik ani tak ada masalah pun dengan kawan. . tak ada masalah pun dengan pembelajaran . . dengan keluarga pun Alhamdulillah . .
tapi tetap sedih . . susah nak di explainkan. . apa yang disedihkan . .. hehehe. .

mungkin kah cik ani semakin jauh dari Allah?
mungkin kah ibadah wajib kian longgar,ibadah sunnat kian kurang? . . 
ketenangan yang dicari,semakin luntur?
nikmat yang dikecapi semakin tidak disyukuri?

cik ani sedih bila orang tak hargai kebaikan cik ani padahal cik ani patut sedar jangan bersedih tentang itu kerana Allah kan ada yang sentiasa menghargai kebaikan kita. .
cik ani sedih bila cik ani tak dapat buat sesuatu dengan baik padahal cik ani patut sedar,selepas usaha patut tawakal. . .
cik ani sedih bila kurang nya rezeki cik ani sedangkan cik ani sedar rezeki itu dari Allah,
cik ani sedih bila macam-macam berlaku tak mengikut perancangan cik ani padahal cik ani sedar bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik . . .

Rabbi yassir wala tuassir. .

~muhasabah diri . .

*entri semakin lama,berkisah kan hati . . hehehe.. yang tak suka,mohon maaf . . . :)
I'm write what i think .. . . :D




 

Tuesday, 10 September 2013

motivasi . .

Assalamualaikum. . .

"apa pandangan orang terhadap saya?"

mesti pernah kan terbit persoalan ni dalam hati kita..huhu
kita mesti nak semua orang faham kita,suka dengan cara kita,
senang denga cara kita bergaul dan sebagainya. .
tapi hakikat nya agak mustahil ye. . agak MUSTAHIL. .

kita sebagai manusia yang sentiasa berada dalam kekurangan,,buat lah apa yang sepatutnya. . jangan terlalu ikut kata orang dan pandangan orang lain. .
asalkan apa yang kita buat tak melanggari batas-batas yang telah digariskan oleh agama kita.  . .

bukan senang nak puaskan hati semua orang . .

seramai mana orang suka kita,
seramai itu jugalh orang membenci kita . .

tak perlu pun,kalau nak semua orang suka kita, , tapi berusahalah jugak untuk perbaiki diri kita. .

motivasi. . untuk diri cik ani juga

*entry di petang hari . . . maaf mengarut. . ini yang mampu cik ani coretkan. .  :)

Sunday, 8 September 2013

Assalamualaikum . . .

"selamat hari Lahir"."happy Birthday","sanah helwah" untuk diri cik ani yang sudah tua. . hehehe.  .
cik Ani hari ni dah 18 tahun 3 hari .. baru  nak update entry kan. .hehe. .
tahun ni cik ani sambut birthday kat dunia universiti. . huhu. . selalu kat sekolah. . :)
hakikatnya tak banyak kelainan pun . .
cik ani sambut birthday tahun ni dengan baca yasin untuk diri sendiri kebetulan birthday cik ani hari jumaat
 (6 sept). . huhu. . alhamdulillah. .
pastu,tetiba akak senior ajak main futsal,so,dengan hati gembira main futsal non-stop 2 hour (8 pm-10 pm) . huhu..memang best . .serious talk . . hehe. . .


tu antara sambutan untuk diri cik ani sendiri la. .huhu. .
ingat dah habis. .*pukul 12 tepat*disebabkan esok jumaat,baru habis test physics yang sangat senang. .
corsemate cik ani bercadang nak tengok movie,bilik min(one of my classmate) . .
masuk ketuk pintu. . bukak 2 pintu terus kena baling bedak!! wah!!bedak . . haha
selalu tepung kan . . .tanya kenapa baling bedak. . sebabnya tepung kat coop habis. . huhu
tapi tak pe jugak . .wangi lah cik ani . .

kelakar kan!guna bedak ni . . huhuhu

thanks kawan-kawan. . dari #ddpl . .

cik ani sangat hargai . . thanks. . ucapan daripada anda semua. . tak perlu hadiah yang besar,cuma cik ani harapkan doa daripada anda semua agar hidup cik ani berada dalam rahmat Allah. . .

azam cik ani kerana usia semakin meningkat ::
>menambah amalan sunnat dan memperkukuhkan ibadah wajib!
>menjadi anak yang solehah.

     tiada aset yang lebih penting bagi ibu bapa melainkan mendapat anak soleh dan solehah

 >cik ani perbaiki diri agar lebih berwawasan dan berfikiran tidak terlalu emosional tapi profesional. .
> belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pendidikan. . menuntu ilmu.yang berfaedah .
>mencari bekalan untuk akhirat jua. .

#coretan cik ani untuk entri. .  .cik ani insan yang banyak kekurangan . . :)

Alhamdulillah ya Allah . .





Thursday, 5 September 2013

nak tapi takut. .

Assalamualaikum . .

"nak tapi takut kantoi"

lepas test physics tadi,ni ayat yang cik ani cakap. . hehe. . nak apa??nak meniru . . takut kantoi lah . . macam-macam cik ani fikir. . aish!
tak berani . . huhu . . .
jawab physics berpeluh sebab tak ingat formula. . apa ni??
cik ani pun sedih sangat sebab lupa formula. . sebelum test bukan main  lagi,buat nota ,hafal . .
tapi bila dalam dewan. . . apa yang aku hafal??/mana dia terbang??

>cik ani bersyukur lah dah habis test ke2 physics ni . . hehe. . tawakal je lah. . .
dah usaha. .

>moga baik-baik sahaja result nye. . hahaha. .
>cik ani bersyukur,cik ani berjaya jawab penuh dengan kejujuran walaupun tak yakin jawapan

isu biasa untuk student . . hahaha



Muhasabah diri . . .

#usaha lagi . . 
#lupakan niat nak meniru tu . . jangan terlintas pun nak meniru. . 
#cuba fokus dan gandakan usaha untuk menghafal sesuatu . . 
#banyak kan latihan. . 
#faham,,bukan sekadar hafal . . 


coretan cik ani untuk hari ni . . esok birthday cik ani . . :)



Sunday, 1 September 2013

Assalamualaikum . . 
cik ani nak review lirik lagu Hafiz Hamidun . .
meh sini.!hehe

[R4BIA SYRIA]
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik Melayu: Fedtri Yahya


Rabi'a...
Syria...

Ku kirim cinta

Sebagai umat
Syahadah yang sama
Hati terguris
Sebak di dada

Rabi'a...
Syria...
Saudara kita

Tak henti
Rintangan melanda
Dan mereka
Merana

Rabi'a...
Syria...
Ya Allah
Bantulah

يارب بالمصطفي
بلغ مقاصدنا
واغفر لنا مامضي
ياواسع الكرم

محمد سيد الكونين والثقليـن
والفريقين من عرب ومن عجمِ

Rabi'a...
Syria...
Ku kirim doa

Di hadapan
Di belakang
Teruskanlah berjuang

Rabi'a...
Syria...
Hapuslah derita

Rabi'a...
Syria...
Hujungnya di syurga