There was an error in this gadget

Friday, 24 October 2014

Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ~~

Hari ni hari apa ye?   hari ni adalah maal hijrah. .tahun baru untuk umat islam ~salam maal hijrah semua happy

cik Ani nak bercerita sikit mengenai kisah hijrah  . .meh meh dengar sini raised eyebrows



   
Peristiwa semasa pemerintahan Umar Al-Khattab merupakn titik tolak perubahan takwim hijrah dimana Khalifah Umar telah mengumpul beberapa sahabat pada hari rabu 20 jamadilakhir tahun 17 hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun islam.

Dalam perbincangan tersebut,pendapat Saidina Ali Bin Abi Thalib diterima dengan mengemukan cadangan supaya hijrah Nabi Muhammad S.A.Wdari Mekkah ke Madinah sebagai permulaan tahun islam dan merekan bersetuju dengan pandangan Saidina Uthman Bin Affan menjadikan Muharram sebagai bulan pertama dalam sejarah islam
Nabi Muhammad S.A.W suatu ketika dulu berasa berat untuk meninggalkan kota Mekkah yang tercinta ,sebelum baginda bertolak ke Madinah,baginda menoleh ke Kota Mekkah dan bersabda "Diantara semua tempat,kau lah paling bererti bagi ku dan paling dekat dengan Allah,jika bukan kerana kaum ku mengusirku,tidak akan aku meninggalkan mu"
 dikatakan ketika bergerak meninggalkan kota Mekah baginda berpaling untuk kali terakhir dengan penuh perasaan kerinduan dan kasih sayang kepada tanah kelahiran dan kota suci umat islam ini.

Namun semuanya ditinggalkan bagi menjayakan peristiwa hijrah.

HIJRAH adalah TRANSFORMASI

Untuk berjaya seseorang haruslah berani  hijrah.
Untuk hijrah seseorang hendaklah berani meninggalkan zon selesanya 


Hayati Kuasa Hijrah,mulakan trasformasi hijrah diri ! ! !! 
semoga kita pasang niat atau azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik daripada yang tahun lepas.


~salam sayang dari cik Ani ~ semoga tulisan ni bermanfaat. . 

Terima kasih sudi membaca broken heart

1 comment:

Nur Insyirah said...

Assalammualaikum...singgah blogwalking disini..Jemput singgah di blog saya juga ya :)
http://izwawa.blogspot.com