There was an error in this gadget

Tuesday, 6 January 2015

Pesanan Al-Imam Syahid Hassan Al Banna

Assalamualaikum dan salam sayang dari cik Ani kepada pembaca. . 

sempena Tahun baru ni cik Ani tak post pun entri pasal azam tahun baru cik Ani . .
JAdi Cik Ani post mengenai 10 pesanan Al Imam Syahid Hassan Al Banna ni bagi peringatan serta nota buat diri cik Ani juga serta kepada para pembaca yang cik Ani Kasihi 

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa jua sekali pun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul (fusha) itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah ia akan menyakiti hati orang lain.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

terima kasih kerana sudi membaca :)

No comments: